Sunday, October 17, 2010

Sesaje xde keje...



SIAPA???


Telefon di wad bersalin sebuah hospital berdering. Petugas di situ mengangkatnya lalu terdengarlah satu suara,
"Hello...ini Ibrahim...isteri saya sedang nak bersalin!"
"Bertenang," jawab petugas. "Adakah ini anaknya yang pertama?"
"Bukan," jelas pemanggil. "Ini suaminya!"




KAHWIN CERAI


Lelaki A: "Aku membuat keputusan untuk berkahwin kerana dah tak sanggup berulang alik ke kedai dobi, makan di restoran dan pakai sarung kaki koyak."
Lelaki B: "Aku pula membuat keputusan untuk bercerai atas sebab-sebab yang sama."




NASIHAT ISTERI


"Bang, sepatutnya abang berhenti merokok. Perbuatan itu sia-sia."
"Yang, sepatutnya awak berhenti menasihati abang. Perbuatan itu pun sia-sia."




TERLALU JUJUR


"Kami bercerai kerana aku terlalu jujur," beritahu Sarah kepada kawannya, Anita.
"Maksud kau, kau curang?"
"Bukan, aku terlalu jujur. Aku beritahu suamiku setiap kali aku keluar dengan lelaki lain!"




ANAK


"Saya ada satu berita baik dan satu berita buruk untuk abang," kata seorang isteri yang menelefon suaminya di seberang laut.
"Apakah yang baiknya?" tanya si suami.
"Pagi semalam saya selamat melahirkan seorang anak lelaki," jawab si isteri.
"Ohhh..." balas si suami dengan terharu. "Apakah pula berita buruknya?"
"Muka anak itu betul-betul macam drebar kita," jawab isterinya lagi.




SAKIT JANTUNG


"Suami saya meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung!"
"Bila?"
"Bila dia tahu saya masukkan racun ke dalam kopinya."




MENGEJA


"Saya tak dapat belajar mengeja!" beritahu seorang pelajar kepada ibunya.
"Mengapa?" tanya si ibu kehairanan.
"Cikgu saya kerap sangat mengubah perkataan untuk dieja."




LAIN DARI YANG LAIN


"Bagaimana kau tergamak ambil Linda jadi teman istimewa kau sedangkan orang lain pandang pon tak mahu pada Linda tu!"
"Bagi aku dia seorang gadis yang lain dari yang lain!"
"Apa maksud kau?"
"Dialah satu-satunya gadis yang tergamak keluar denganku!"



1 comment:

  1. wHat a goOd IdeA u haVE..KodOQ..LIke It kaLAu AdA laGI macaM nI baGI taHU kodOQ naK baCA..It fUn..BuaT kodOQ seNYum seNdirIAn..

    Ong..kedEQ..kedeq..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails