Thursday, May 26, 2011

2012


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. 

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu..."

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " 
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Tuesday, May 10, 2011

Wanita Yang Disukai Lelaki



Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…


- Semoga aku ade ciri-ciri wanita yg camni...

Sunday, May 8, 2011

Jangan Sambut Hari Ibu???


Ni adelah aku terbace 1 artikel ni... Sila bace sampai habis yer...


JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of  Mothers Day



Terpulang pada korang samada nak percaya atau tak yer... Tapi bagi akulahkan... Terpulanglah pada individu tu sendiri samada nak sambut atau tak Hari Ibu ni... Sebenarnya Hari Ibu ni kite boleh sambut setiap hari, tak yah nak tetapkan pada tarikh-tarikh tertentu... Tapi sekurang-kurangnya dengan menyambut Hari Ibu, kite dapat menghargai dan mengenang jasa Ibu kite... Ibu juge akan rasa lebih dihargai... kan kan... 



Hari-hari adalah Hari Ibu...

SAYANG MAK SANGAT-SANGAT

Mmuahhh...


Wednesday, May 4, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Berry berry on the wall...


Berry berry on the wall...


Who is going to the fairest of all? 


Check out what berry are you now! 




<* V *> 


Tuesday, May 3, 2011

The Cuppy Cake Song

Dengar lagu yang cute ni...





Cube teke sape yang nyanyi lagu yang sangat cute ni???...

*




*




*




*




*




*




*




*






Tengok plak clip ni...









Cute kan... Alololor... Gerammm... Suke sangat... ;-)

Osama Bin Laden Terbunuh dan Disemadikan Dilaut!!!



Berita luar negara mengatakan bahwa Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden telah terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotaba, Islamabad Pakistan...

Osama bin Laden dibunuh selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh...

Mayat manusia yang dikenali identitinya sebagai Osama dijumpai dan disahkan sebagai Osama Bin Laden. .. Tentera Pakistan dengan belagaknya menyatakan operasi itu adalah satu kejayaan hasil kerjasama dalam ‘highly sensitive intelligence operation’...

Aku tak taulah samada nak percaya atau tak yang Osama ni dah mati ke belum... Takde bukti kukuh yang  menunjukkan Osama ni mati... Just gambar je... Boleh caye ke???... Jahat betul tentera AS ni...








Cerita Osama ni mati kene bunuh satu hal, tapi jenazahnya akan disemadikan kat laut... Ape kes... Ingat transformer ke...


Beberapa media AS seperti rangkaian televisyen kabel AS termasuk CNN, MSNBC dan Fox melaporkan, seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut... Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam...







Ape-ape pon, semoga Osama Bin Laden sentiasa dilindungi oleh-NYA...

Monday, May 2, 2011

Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri hadir ke majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton


Tengah dok sibuk-sibuk tengok tetamu VIP yang masuk ke dalam majlis, tetibe aku ternampak Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah... Wahhh bangge sekejap... Har har har... Mana taknye, agong kita dijemput ke majlis perkahwinan Putera Willian dan Kate Middleton... Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha jadi tetamu VIP...



 Cube cari yang mana?


Antara senarai tetamu VIP...

Ahli Keluarga Kerajaan Inggeris :
- The Queen
- The Duke of Edinburgh
- The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall
- Prince Henry of Wales
- The Duke of York
- Princess Beatrice of York
- Princess Eugenie of York
- The Earl and Countess of Wessex
- The Princess Royal and Vice Admiral Timothy Laurence
- Mr. and Mrs. Peter Phillips
- Miss Zara Phillips with Mr. Mike Tindall
- Viscount Linley and Viscountess Linley
- And The Hon. Charles Armstrong-Jones
- The Lady Sarah Chatto and Mr. Daniel Chatto
- And Master Samuel Chatto
- And Master Arthur Chatto
- The Duke and Duchess of Gloucester
- The Earl and Countess of Ulster
- The Lady Davina and Mr. Gary Lewis
- Lady Rose and Mr. George Gilman
- The Duke and Duchess of Kent
- Earl and Countess of St. Andrews
- Lord Downpatrick
- The Lady Marina-Charlotte Windsor
- The Lady Amelia Windsor
- The Lord and Lady Nicholas Windsor
- The Lady Helen Taylor and Mr. Timothy Taylor
- Prince and Princess Michael of Kent
- The Lord and Lady Frederick Windsor
- The Lady Gabriella Windsor
- Princess Alexandra, the Hon. Lady Ogilvy
- Mr. and Mrs. James Ogilvy
- Miss Marina Ogilvy
- The Lady Saltoun

Ahli Keluarga Kerajaan Asing
- The Prince and Princess of the Asturias
- The Crown Prince of Bahrain
- Prince Philippe and Princess Mathilde of Belgium
- The Sultan of Brunei and Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
- King Simeon II and Queen Margarita of the Bulgarian
- The Queen of Denmark
- King Constantine and Queen Anne-Marie of the Hellenes
- Crown Prince Pavlos and Crown Princess Marie-Chantal of Greece and Prince Constantine of Greece
- Sheikh Ahmad Hmoud Al-Sabah of Kuwait
- Prince Seeiso Bereng Seeiso and Princess Mabereng Seeiso of Lesotho
- The Grand Duke and Duchess of Luxembourg
– The Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong of Malaysia
– Prince Albert II of Monaco and Miss Charlene Wittstock
- Princess Lalla Salma of Morocco
- The Crown Prince and Princess of The Netherlands
- The King and Queen of Norway
- Sayyid Haitham bin Tariq Al Said of Oman
- The Emir of The State of Qatar and Sheika Mozah bint Nasser Al Missned
- King Michael I of Romania and Crown Princess Margarita
- Prince Mohamed bin Nawaf bin Abdulaziz of Saudi Arabia and Princess Fadwa bint Khalid bin Abdullah bin Abdulrahman
- The Queen of Spain
- The King of Swaziland
- The Crown Princess of Sweden and The Duke of Västergötland
- Princess Maha Chakri Sirindhorn of Thailand
- The King of Tonga
- The Crown Prince of Abu Dhabi
- Crown Prince Alexander and Crown Princess Katherine of Yugoslavia
- The Princess Elizabeth of Yugoslavia




















David Beckam dan Victoria pon dijemput yer... Beckam ni kawan baik Putera William...


 Comelnye perut Victoria... Dia pregnant 4 bulan...Anak ke-4...


Royal Wedding between Putera William dan Kate Middleton

THE ROYAL WEDDING


29 April 2011 adalah hari yang paling bersejarah buat pasangan suami isteri yang bakal mewarisi takhta diraja Britain iaitu Putera William dan Kate Middleton...Aku dah ready depan tv dari jam 1pm ok... Haha semata-mata nak tengok diorang... Sungguh hebat penangan diorang ni... Mula-mula aku tengak kat channel E!, tapi cam tak best je gambar... So aku terus tukar ke channel 700... Tengok HD lagi cantik...Clear habes... Haha... Kate ni memang cantik orangnya kan...

Diorang ni memang pasangan yang secocok... Sama cantik, sama padan... Tak sia-sialah Kate dok minat kat Will ni kan... Akhirnya dapat gak... 8 tahun, lama tu...

Jom kite layan gambar-gambar perkahwinan diorang ni...



 







































Imbasan perkahwinan Putera Charls dan Puteri Diana

















Cincin tunang Puteri Diana menjadi cincin tunang Kate Middleton...







 










Kek yang cantik lagi tinggi...

 
Cantikkan kek diorang... 5 minggu punye persiapan, mana tak begini jadinye... Ye tak... 8 tingkat tu... Hebat...


Pape pon tahniah buat Duke dan Duchess of Cambridge ni..

.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails