Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden Terbunuh dan Disemadikan Dilaut!!!



Berita luar negara mengatakan bahwa Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden telah terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotaba, Islamabad Pakistan...

Osama bin Laden dibunuh selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh...

Mayat manusia yang dikenali identitinya sebagai Osama dijumpai dan disahkan sebagai Osama Bin Laden. .. Tentera Pakistan dengan belagaknya menyatakan operasi itu adalah satu kejayaan hasil kerjasama dalam ‘highly sensitive intelligence operation’...

Aku tak taulah samada nak percaya atau tak yang Osama ni dah mati ke belum... Takde bukti kukuh yang  menunjukkan Osama ni mati... Just gambar je... Boleh caye ke???... Jahat betul tentera AS ni...








Cerita Osama ni mati kene bunuh satu hal, tapi jenazahnya akan disemadikan kat laut... Ape kes... Ingat transformer ke...


Beberapa media AS seperti rangkaian televisyen kabel AS termasuk CNN, MSNBC dan Fox melaporkan, seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut... Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam...







Ape-ape pon, semoga Osama Bin Laden sentiasa dilindungi oleh-NYA...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails