Sunday, July 10, 2011

Tuntutan AMBIGA melalui IFC




TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan, marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

*Kite pinjam dr FB orang...



4 comments:

  1. apa kena mengena tuntutan bersih ngan tuntutan ifc pulak? memang la ambiga ada dalam kedua-duanya, macam kat sekolah gak kalo masuk pbsm dan kelab catur sekaligus, mana-mana aktiviti pbsm bukanla aktiviti kelab catur.
    Kerajaan pun takleh wat pape kan sebab takde peruntukan nak halang ambiga wat tuntutan....sumernya kembali kepada perlembagaan negara.....kalo dalam islam sekalipun selagi bukan islam tidak mengangkat senjata , umat islam tak boleh membantai mereka....

    ReplyDelete
  2. tah pepe je tuntutn ni.. nmpk sgt putar belit... yg penting kite kena rasional nak ikut die punya perhimpunan ni.. ye la,.. kita kan belajar sejarah.. xpayah la kita buang masa..

    ReplyDelete
  3. kite sokong... xyah nak buang mase ngan bende2 ni sume... semoge MALAYSIA aman sentiasa... peace...

    ReplyDelete
  4. rasanya benda ni takda kena mengana dgn bersih la...benda ni dua perkara yang berbeza...tuntutan IFC ni dah ada sejak dari 2008 lagi kalau tak silap..dan bersih pulak lebih kepada sistem pilihan raya. peace.. (tak menyokong mana-mana pihak pun sebenarnya)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails